Waktu Subuh terbit fajar siddiq sehingga terbitnya matahari
Dalam pergerakan harian matahari terbit dan
terbenam, berlaku keadaan di mana matahari akan berada tepat di meridian
tempatan yang dinamakan waktu istiwa. Berdasarkan pergerakan matahari,
waktu istiwa berlaku seketika sebelum matahari melintas daripada langit
timur ke langit barat. Waktu zuhur bermula apabila keseluruhan bulatan
matahari telah melepasi meridian tempatan. Keadaan yang biasa digunakan
untuk menggambarkan perlintasan ini apabila telah berlaku 'gelincir
matahari' atau zawal. Menurut ahli-ahli astronomi, tempoh masa di antara
waktu istiwa dengan waktu perlintasan ini selama 1 minit 4 saat.

Waktu asar bermula apabila ukuran panjang bayang sesuatu tiang sama
dengan panjang tiang berkenaan. Sekiranya dilihat pada pergerakan bayang
sesuatu tiang tegak, keadaan ini akan berlaku lebih awal, kerana bayang
ketika waktu istiwa telah sedia wujud. Oleh itu sekiranya hendak
menentukan waktu asar secara fizikal, pemerhatian hendaklah bermula
sejak dari waktu istiwa dengan menggunakan tiang tegak yang sama.
Panjang bayang pada waktu istiwa hendaklah diukur dan dicampurkan dengan
tinggi tiang sebagai ukuran panjang bayang pada waktu asar. Waktu asar
bermula apabila panjang bayang yang ditunjukkan tiang melebihi ukuran
tersebut.
Waktu maghrib bermula apabila keseluruhan bulatan matahari terbenam di ufuk ketara tempatan. Ufuk ketara adalah ufuk yang dipengaruhi oleh ketinggian sesuatu tempat. Bagi tempat-tempat yang berada pada ketinggian biasa, jarak zenit matahari ketika terbenam bersamaan 90o 50' (90.8333), tetapi bagi tempat yang ketinggiannya melebihi 100 meter dari paras purata laut, pembetulan junaman ufuk (Dip) perlu dicampurkan terlebih dahulu.
Waktu Isyak bermula dari hilangnya syafakterhingga terbih fajar siddiq
Tiada ulasan:
Catat Ulasan