
Takbir bagi perempuan cukup hanya mengangkat tangan sehinggaparas dada dan direnggangkan sedikit kedepan. Tanpa membuka ketiaknya.


Sunat
juga melihat ke tempat sujud. Makruh hukumnya meliarkan pandangan
kesekeliling, ke atas atau ke kaki, atau memandang ke arah kaabah,
melainkan ketika membaca tasyahhud disunatkan mata memandang kepada jari
telunjuk, terutama ketika membaca 'Asy hadu allaailaaha illallah wa asy
hadu anna Muhammadar Rasulullah'.
Membaca al-Fatihah
: setelah selesai membaca doa iftitah, bacalah ta'awuz (a'uzubillaahi
minassyaitanirrajiim) kemudian baca al-fatihah. Fatihah adalah rukun
solat.

Mengikut Mazhab Syafi'e sunat ditambah dengan bacaan
سبحان ربي العظيم وبحمدهIktidal : Setelah selesai satu kali rukuk hendaklah bangkit berdiri sekejap, sekurang-kurang selama masa membaca 'subha nallah walhamdulillaah walaa ilaahaillallaah wallaahuakbar' kemudian diikuti dengan sujud.


رب إغفرلى وأرحمنى وأرزقنى وأججبرنى وأهدنى وعافنى وأعف عنى
Sujud kali kedua. Selepas sujud pertama hendaklah bangkit dan duduk antara dua sujud atau duduk istirahah, serta berdoa dengan doa tertentu. Setelah itu lakukan sujud kali kedua dengan cara sebagaimana sujud yang pertama.
Jika dalam rakaat pertama dan ketiga ;
bangkitlah untuk rakaat kedua atau atau keempat juga ketiga bagi solat
maghrib dan dilakukan sebagaima rakaat pertama tadi dengan dimulakan
membaca al-Fatihan dan seterersnya. Dalam rakaat ketiga tidak disunatkan
membaca ayat-ayat dari alqur'an setelah selesai membaca a-lFatihah.

Jika dalam rakaat kedua atau keempat; duduk dan baca tahiyyat atau tasyahhud awal atau akhir. Cara duduk dalam tasyahhud awal adalah sebagaimana gambar di atas, manakala cara duduk tasyahhud akhir adalah sebagaimana gambar di bawah.

Duduk 'iftirash' dalam tasyahhud akhir ialah dengan duduk di atas buku lali kaki kirinya sambil mendirikan hujung kaki kanannya.
Boleh
memilih untuk melakukan cara duduk samada tawarruk atau iftirash.
Tetapi yang paling afdhal dan sunat ialah duduk iftirash. Gambar di
bawah adalah cara duduk iftirash.
Kemudian membaca Tahiyyat atau Tasyahhud akhir.
السلام عليكم ورحمة الله

Salam ke kiri. Salam kekiri dengan lafaz yang sama. Salam ke kiri adalah Sunat Hai'at. Tidak batal solat jika tertinggal melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan