Selasa, 2 Oktober 2012

MUKADIMAH

Inilah tugasan yang membuka minda IT saya....

Tugasan 3 : Pembangunan Blog P&P (30%)

Tarikh penilaian akhir pada 14 Disember 2012

Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada 15 November 2012


Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran dan Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi :-

1. Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.

2. Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.

3. Pastikan nama, foto pemilik blog, no matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog  yang  dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan  blog.

4. Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut :

  •     Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
  •     Gambar
  •     Audio
  •     Video
5.  Libatkan pelajar, ibu bapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.

6.  Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.


Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam MyGuru3.

Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut :

Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian     =    15%
senireka blog dan kretiviti                                  =     10%
pandangan dan komen daripada pelawat blog    =       5%
                                                            Jumlah  =      30%

Tiada ulasan:

Catat Ulasan