ANA MUSLIM TAHUN 2
ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT DATANG KE HALAMAN SAYA
Ahad, 11 November 2012
Rabu, 7 November 2012
Cara Melakukan Solat
Kaifiat Solat : kaifiat solat atau cara melakukan solat boleh diperhatikan di dalam gambar di bawah. Takbiratul ihram
: Mengangkat kedua belah tangan dengan tapak tangan menghadap ke arah
kiblat dan jari direnggangkan sedikit. Kedudukan ibu jari adalah
bersetentangan dengan cuping telinga yang bawah. Bagi orang lelaki
tangan direnggangkan keluar dimana ketiak hendaklah dibuka sedikit.
Takbir bagi perempuan cukup hanya mengangkat tangan sehinggaparas dada dan direnggangkan sedikit kedepan. Tanpa membuka ketiaknya.
Doa Iftitah : Selepas takbir sunat membaca doa iftitah kemudian diikuti isti’azah sebelum membaca surah al-fatihah.
Qiam : atau berdiri di dalam solat. Sunat jika meletakkan tangan kiri di perut di antara pusat dan dada, dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri sambil memegang tangan kiri, sambil. Ail bin Hijr r.a. berkata, beliau melihat nabi s.a.w. mengangkat kedua tangannya ketika mula mendirikan solat kemudian baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri”. (HR Bukhari dan Muslim).
Rukuk: Setelah selesai a-Fatihah, disunatkan membaca ayat-ayat yang lain dari al-Qur'an. Rukuk adalah salah satu rukun dalam solat, iaitu dengan membongkokkan badan sekira-kira belakang dan kepala menyamai paras punggung, manakala mata mengarahkan ke tempat sujud. Disunatkan bertasbih dalam rujuk dengan bacaan : سبحان ربي العظيم
Mengikut Mazhab Syafi'e sunat ditambah dengan bacaan
سبحان ربي العظيم وبحمدهIktidal : Setelah selesai satu kali rukuk hendaklah bangkit berdiri sekejap, sekurang-kurang selama masa membaca 'subha nallah walhamdulillaah walaa ilaahaillallaah wallaahuakbar' kemudian diikuti dengan sujud.
Sujud : Merupakan salah satu rukun dalam solat, iaitu meletakkan 7 anggota badan ke lantan iaitu dahi hingga ke hidung, 2 lutut, dua tapak tangan dan 2 hujung jari. Jika terangkat salah satu daripadanya batallah solat itu, ini mengikut jumhur ulamak. Disunatkan bertasbih dengan bacaan : سبحان ربي الأعلى . Sebagaimana bacaan dalam rukuk, mazhab syafi'e sunat ditambah وبحمده
Duduk Antara Dua Sujud : ketika berada dalam keadaan ini disunatkan membaca doa. Antara doanya :
Sujud kali kedua. Selepas sujud pertama hendaklah bangkit dan duduk antara dua sujud atau duduk istirahah, serta berdoa dengan doa tertentu. Setelah itu lakukan sujud kali kedua dengan cara sebagaimana sujud yang pertama.
Takbir bagi perempuan cukup hanya mengangkat tangan sehinggaparas dada dan direnggangkan sedikit kedepan. Tanpa membuka ketiaknya.
Qiam : atau berdiri di dalam solat. Sunat jika meletakkan tangan kiri di perut di antara pusat dan dada, dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri sambil memegang tangan kiri, sambil. Ail bin Hijr r.a. berkata, beliau melihat nabi s.a.w. mengangkat kedua tangannya ketika mula mendirikan solat kemudian baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri”. (HR Bukhari dan Muslim).
Sunat
juga melihat ke tempat sujud. Makruh hukumnya meliarkan pandangan
kesekeliling, ke atas atau ke kaki, atau memandang ke arah kaabah,
melainkan ketika membaca tasyahhud disunatkan mata memandang kepada jari
telunjuk, terutama ketika membaca 'Asy hadu allaailaaha illallah wa asy
hadu anna Muhammadar Rasulullah'.
Membaca al-Fatihah
: setelah selesai membaca doa iftitah, bacalah ta'awuz (a'uzubillaahi
minassyaitanirrajiim) kemudian baca al-fatihah. Fatihah adalah rukun
solat.
Rukuk: Setelah selesai a-Fatihah, disunatkan membaca ayat-ayat yang lain dari al-Qur'an. Rukuk adalah salah satu rukun dalam solat, iaitu dengan membongkokkan badan sekira-kira belakang dan kepala menyamai paras punggung, manakala mata mengarahkan ke tempat sujud. Disunatkan bertasbih dalam rujuk dengan bacaan : سبحان ربي العظيم
Mengikut Mazhab Syafi'e sunat ditambah dengan bacaan
سبحان ربي العظيم وبحمدهIktidal : Setelah selesai satu kali rukuk hendaklah bangkit berdiri sekejap, sekurang-kurang selama masa membaca 'subha nallah walhamdulillaah walaa ilaahaillallaah wallaahuakbar' kemudian diikuti dengan sujud.
Sujud : Merupakan salah satu rukun dalam solat, iaitu meletakkan 7 anggota badan ke lantan iaitu dahi hingga ke hidung, 2 lutut, dua tapak tangan dan 2 hujung jari. Jika terangkat salah satu daripadanya batallah solat itu, ini mengikut jumhur ulamak. Disunatkan bertasbih dengan bacaan : سبحان ربي الأعلى . Sebagaimana bacaan dalam rukuk, mazhab syafi'e sunat ditambah وبحمده
Duduk Antara Dua Sujud : ketika berada dalam keadaan ini disunatkan membaca doa. Antara doanya :
رب إغفرلى وأرحمنى وأرزقنى وأججبرنى وأهدنى وعافنى وأعف عنى
Sujud kali kedua. Selepas sujud pertama hendaklah bangkit dan duduk antara dua sujud atau duduk istirahah, serta berdoa dengan doa tertentu. Setelah itu lakukan sujud kali kedua dengan cara sebagaimana sujud yang pertama.
Jika dalam rakaat pertama dan ketiga ;
bangkitlah untuk rakaat kedua atau atau keempat juga ketiga bagi solat
maghrib dan dilakukan sebagaima rakaat pertama tadi dengan dimulakan
membaca al-Fatihan dan seterersnya. Dalam rakaat ketiga tidak disunatkan
membaca ayat-ayat dari alqur'an setelah selesai membaca a-lFatihah.
Jika dalam rakaat kedua atau keempat; duduk dan baca tahiyyat atau tasyahhud awal atau akhir. Cara duduk dalam tasyahhud awal adalah sebagaimana gambar di atas, manakala cara duduk tasyahhud akhir adalah sebagaimana gambar di bawah.
Duduk ‘tawarruk’
dalam tasyahhud akhir. Duduk tawarruk iaitu duduk di atas tulang
punggung kirinya dan hujung kaki kiri dimasukkan di bawah betis
kanannya. Kemudian hujung kaki kanannya dilunjurkan kebelakang dalam
keadaan berlawanan dengan hujung kaki iftirash.
Duduk 'iftirash' dalam tasyahhud akhir ialah dengan duduk di atas buku lali kaki kirinya sambil mendirikan hujung kaki kanannya.
Boleh
memilih untuk melakukan cara duduk samada tawarruk atau iftirash.
Tetapi yang paling afdhal dan sunat ialah duduk iftirash. Gambar di
bawah adalah cara duduk iftirash.
Kemudian membaca Tahiyyat atau Tasyahhud akhir.
السلام عليكم ورحمة الله
Salam ke kiri. Salam kekiri dengan lafaz yang sama. Salam ke kiri adalah Sunat Hai'at. Tidak batal solat jika tertinggal melakukannya.
WAKTU SOLAT
Waktu Subuh terbit fajar siddiq sehingga terbitnya matahari
Dalam pergerakan harian matahari terbit dan
terbenam, berlaku keadaan di mana matahari akan berada tepat di meridian
tempatan yang dinamakan waktu istiwa. Berdasarkan pergerakan matahari,
waktu istiwa berlaku seketika sebelum matahari melintas daripada langit
timur ke langit barat. Waktu zuhur bermula apabila keseluruhan bulatan
matahari telah melepasi meridian tempatan. Keadaan yang biasa digunakan
untuk menggambarkan perlintasan ini apabila telah berlaku 'gelincir
matahari' atau zawal. Menurut ahli-ahli astronomi, tempoh masa di antara
waktu istiwa dengan waktu perlintasan ini selama 1 minit 4 saat.
Waktu asar bermula apabila ukuran panjang bayang sesuatu tiang sama
dengan panjang tiang berkenaan. Sekiranya dilihat pada pergerakan bayang
sesuatu tiang tegak, keadaan ini akan berlaku lebih awal, kerana bayang
ketika waktu istiwa telah sedia wujud. Oleh itu sekiranya hendak
menentukan waktu asar secara fizikal, pemerhatian hendaklah bermula
sejak dari waktu istiwa dengan menggunakan tiang tegak yang sama.
Panjang bayang pada waktu istiwa hendaklah diukur dan dicampurkan dengan
tinggi tiang sebagai ukuran panjang bayang pada waktu asar. Waktu asar
bermula apabila panjang bayang yang ditunjukkan tiang melebihi ukuran
tersebut.
Waktu maghrib bermula apabila keseluruhan bulatan matahari terbenam di ufuk ketara tempatan. Ufuk ketara adalah ufuk yang dipengaruhi oleh ketinggian sesuatu tempat. Bagi tempat-tempat yang berada pada ketinggian biasa, jarak zenit matahari ketika terbenam bersamaan 90o 50' (90.8333), tetapi bagi tempat yang ketinggiannya melebihi 100 meter dari paras purata laut, pembetulan junaman ufuk (Dip) perlu dicampurkan terlebih dahulu.
Waktu Isyak bermula dari hilangnya syafakterhingga terbih fajar siddiq
PENGERTIAN SOLAT :)
Pengertian solat :-
Pengertian solat ialah perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam .
Kita wajib mendirikan solat lima waktu sehari semalam kerana solat itu ialah tiang agama . Solat Subuh dua rakaat , Zohor ,Asar dan Isyak empat rakaat , Maghrib pula tiga rakaat
Ahad, 28 Oktober 2012
Rabu, 3 Oktober 2012
HAYATI BERSAMA
Sama-samalah kita mendengar dan mengamalkan selawat murah rezeki ni.....
teringat dan terdengar2 suara anak-anak SKPPL menyanyikan selawat ini sebagai Pra Pembelajaran mereka....
Semoga dengan mengamalkannya rezeki kita semakin murah dan diberkati olehNYA....
Langgan:
Catatan (Atom)